Malu rasanya mengatakan cintaPagi ini aku tergaru-garu kepala aku yang memang takde kelemumur..
aku pening-pening. aku keliru biru. aku ter.............
mana silapnya..?? mana salahnya..??
kalo yg dh ajar MORAL mcm nie.. yg tak blajar..??
**baca juga berita meresahkan dan menyerabutkan hati ini. (klik)
HAMBA: aku hanya mampu berkata.. #^&$&^@)(*@#
Al-Fatihah.. anda semua mungkin perlu membaca ini... (apa ertinya saya menganut Islam??)
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara saudara kamu (yang bertelengkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat
salam... aku mulanya agak keberatan untuk menulis ini... kerana merasakan siapalah diri yg hina lagi kotor ini.. tapi 'sesuatu' cukup membuat aku ter'ganggu'..
Sedia telah maklum polemik yg sedang ghairah sekarang.. unity government (UG)..
Aku ingin menyatakan bahwa aku berlapang dada dari semua ini.. Cuma, aku rasa sangat sedih dan kecewa sikap segelintir bloggers (kickdefella, penarikbeca, adukataruna; sekadar menulis 3 nama, terdapat banyak yg lain) yang kononnya penyokong dan pendokong PAS... mereka sangat keterlaluan dalam mengkritik PIMPINAN, adakalanya sampai ketahap menghina dan merendahkan PIMPINAN dengan perkataan yang tak sanggup aku tuliskan disini.. silalah membaca komen pembaca blog mereka.. penuh dengan hasad dan kebencian.. mereka yg dibawah nampaknya... "lebih sudu dari kuah!"
Berbeza pendapat adalah pekara biasa.. tapi itu bukanlah tiket untuk mencaci maki mereka yg tak sehaluan dengan pemikiran sendiri.. Walaupun bukan kamu secara langsung berbuat demikian, tapi tindakan kamu menulis dan membiarkan/meluluskan komen-komen fitnah bertebaran di blog kamu.. SANGAT TIDAK BOLEH DITERIMA... Ingatlah bahwa kamu akan dipertanggungjawabkan atas apa saja yang kamu perbuat.
Benar... PIMPINAN itu tidak maksum.. kita semua punyai kelemahan masing2.. Tapi itulah fungsi sebagai sebuah jamaah, saling melengkapi dan menyempurnakan..
Bukanlah pimpinan itu tidak boleh dikritik.. tapi JAGALAH ADAB-ADAB mu wahai pejuang dan pendokong ISLAM.. Terutamanya kepada Ulama' dan mereka yang telah lama bergelumang dalam perjuangan ini.. Adakah kamu menyangka mereka baru sehari dua dalam perjuangan?? Betapa banyak keringat yg telah mengalir demi umat ini.. Mereka LEBIH MENGENALI SIAPA KAWAN DAN LAWAN DRP KAMU! Sangat kesal, mana Adab & Akhlak yang telah ditunjukki Rasulullah & Sahabat?? di mana Akhlak kita sebagai seorang muslim dan pendakwah.? Mereka sayang akan Jamaah ini lebih daripada kamu!!
Berhak kah kamu wahai blogger, memaki & menghina PIMPINAN, andai pemimpin membuat lontaran idea yg tidak kena pada pandangan kamu. Jangan dilupai bahwa matlamat utama kita adalah REDHA ALLAH. Menang pilihan raya sahaja bukanlah penamat akhir.. Yang kita mahukan adalah kemurnian dan keelokkan buah Akhlak.. dan itulah tujuannya Rasulullah diutuskan.
Benarlah bak kata ahli hikmah: "Manusia memusuhi apa yang dia tidak tahu".
Ironinya, ramai betul yang mengambil berat pasal PAS sekarang.. baik kawan dan lawan. Maka, berhati-hatilah dengan musuh, yang sentiasa mahu menjatuhkan kita dan melaga-lagakan pimpinan & juga sesama kita.. Janganlah terpedaya dengan dakyah-dakyah media arus perdana ini..
Dengar apa pesanan dari Ust. Tuan Ibrahim Tuan Man ini:
.................................................................................
Yang PATUT kamu baca:
- Apa maksud sebenar kerajaan perpaduan?? klik di sini , juga sini
- Apa kata Naib Presiden?? klik disini
- Pendapat lain 1, 2, 3, 4
Maaf, ini bukan artikel menyokong @ membantah sesiapa.. Bagi aku kedua-dua pendapat TG NIK AZIZ dan TG HADI AWANG adalah BENAR.. Serahkanlah isu ini kepada Majlis Syura.. Berikanlah keyakinan dan wala' kepada PIMPINAN.
HAMBA: Aku sangat sedih betapa senangnya menaburkan kata-kata FITNAH di zaman ini... di zaman kemajuan ini.. hanya dibalik ID: "anonymous"!.
~hamba yang fakir disisi Tuhannya~
Hari nie aku nak kongsi satu buah tulisan Buya HAMKA.. Aku pernah baca tulisan ini dulu.. lama dahulu.. asyik bila membacakan bait-bait kata yg sangat puitis.. "Di bawah Lindungan Kaabah" persis kisah "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck"... ia juga berakhir dengan kapal.. dan sebuah KEMATIAN!!
Seputar mengenali Buya HAMKA (Prof. Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah)
(17 Februari 1908 - 24 Julai 1981)
Ulama yg berasal daripada Indonesia ini sangat terkenal dengan sikapnya yg tegas dalam kelembutan. Beliau pernah menjawat Pengerusi Majlis Ulama Indonesia.. Merupakan salah seorang yg digeruni Presiden Sukarno. Malah beliau pernah dituduh pengkhianat dan menjual negara kepada Malaysia.
Betapa banyak karya-karya warisan yg beliau tinggalkan (lbh 120 buku). Penanya ini juga berjaya melahirkan karya agungnya, Tafsir Al-Azhar (diselesaikan tatkala meringkuk di dalam penjara). Yg aku kagum, keluasan ilmu beliau dalam membicarakan falsafah, sastera, sosiologi, sejarah dan politik, baik Islam mahupun Barat.
Beliau seorang tokoh tajdid dizamannya.. berkeras menentang arus sekular & kesesatan di zamannya (puisi ”kepada saudaraku M. Natsir”).. mempunyai jiwa sufi, fikrah haraki.. Beliau adalah seorang agamawan, ilmuan, pemikir, sasterawan & hamba yg sukar dicari ganti.. satu dalam berjuta..
lebih lanjut ttg HAMKA?? download disini

Hero nie terkenal dgn motor kapcai (belalang tempur) yg kiut-miut.. yg best bila beliau jerit kuat2.. pastu moto beliau dtg sendiri.. tapi, yang tak boleh dilupa lg adalah 'tendangan padu maut'... kalo org jahat kena skali terus KO.. hebattt..
Yg nie aku x ingat nama penuh dia.. tapi org pangil Gaban je.. Gaban nie besa main kat angkasa raya je.. bumi2 x main la.. terkenal dengan kereta perisai dan naga yg agak lucu tu.. Gaban ni x bleh bergurau... kalo marah abis dipotong org jahat terbelah dua dgn Pedang Z.. :)
Aku antara yg sempat tengok Power Rangers genarasi pertama.. apa-apa hal setiap kali show aku mesti cop power rangers putih dgn merah.. siap berebut, bergaduh lagik.. dlm rancangan nie ada robot besar, macam dinasor jgak.. Power Rangers kaler pink ngan kuning kalo time lawan, mesti ada gaya2 ayu2 sopan gitu.. terserlah sifat2 kewanitaan..
Ohh... yg nie lagi la sesekali jgn wat memain... saiznya besar gabak nie.. KLCC tu tinggi lutut dia jee.. skali jentik terbang jd arwah korang seme.. skali beliau 'FIRE', jadi sate kajang laa seme raksaksa.. kalo nk tau tahap power beliau ni mudah je.. tgk kaler lampu kat dada beliau... kalo kaler merah kelip-kelip tu alamatnya nk out/go la tu.. tunggu masa je.. Tapi jgn terkejut, dia tiba2 je beliau boleh kuat balik... Oh ya.. beliau nie pun ramai adik bradik sebenarnya... big family.
5) Flashman
Geng nie terkenal dengan warna warninya... mcm kumpulan boria... tapi yg x puas hatinya, rancangan nie di tayang wat 4.30 ptg.. masalahnya aku ada kelas agama belah ptg... apa lagik, lepas kelas.. kayuh beskal selaju belalang tempur... semata2 nk tgk rancangan nie... penah jugak ponteng kelas... yg best pasal geng nie, lepas betukar jd flasman.. mesti diorg akan berposing sema diorg dulu, walaupun raksaksa ada kt depan... tp yg paling best, sudah tentu helmet & spek yg diorg pakai... mcm Apollo & Ray Ban daaa...
Doraemon nie mmg fenomena... bukan kat Mesia je.. tapi seluruh dunia.. Salah satu siri kartun yg terbaik yg pernah dihasilkan dizamannya.. Tapi aku x suka sangat dgn Nobita asyik nangis je... nyampah!! paling best adalah suara Senyo... sesuai je dgn dia.. haha.. tapi kalo korang perasan muka Doraemon nie sejibik mcm kat kotak Ding-Dang...
yey.. yg nie paling aku minat... Goku always da hero... suka tengok kisah Goku dgn kawan2 dia yg macam2 pe'el tu.. Yg paling best adlah hikmat = kuey po he kong.. Kalo kena mmg arwah la jawabnya.. Opsss.. kpd wanita, hati-hati dgn Pendekar Penyu!!!
Yg nie aku x brapa ingat macam mana... tapi, macam Flashman la jugak.. tapi kalo x salah.. dia punya bentuk lebih kurang macam burung...
Sebut kuat-kuat... "Thunder.. Thunder.. Thunder Cat!! (sambil angkat pedang keatas)" hehe... Thunder Cat nie kemain lagi badan dia berketul-ketul... Paling mantap adalah pedang beliau, yg boleh wat keluarkan cahaya mcm Batman tu... Walaupun muka beliau garang mcm rimau, tapi beliau sgt baik ati....
...........................................................................
nie la sebahagian hero-hero yg famous dulu-dulu... banyak lagi kalo nk diikutkan... tomatoman, maskman, dll...
Tau tak kenapa anak2 kecik dan kita sendri dulu suka tgk crite camni...?? kita tolak tepi sekejap teori2 konspirasi, mungkin betul, mungkin x betul.. Bagi aku tak salah anak-anak kecil ni tgk.. mmg lagu tu nature budak2.. sukakan benda comel & simple... lagipun diorang sokong keadilan & kebenaran yg nk ditegakkan oleh hero-hero tu... kiranya, tu la sifat manusia yg sebenar... Sebelom marah kat bebudak tu, tengok dulu diri sendiri... ada tak ciri-ciri hero tu semua dalam diri kita sendiri..??? yg boleh anak2 kecil nie banggakan & jadikan contoh... Hero-hero nie penuh dgn sifat berani, ikhlas, tanggungjawab, kepimpinan, setiakawan, pengorbanan dll.. KITA???
tapi jangan dibiarkan budak2 nie terlalu asyik sgt dgn kartun... perlu ada pemerhatian jgak.. supaya diorg x jadi kartoon.. kata org berpada-padalah... sederhana..
HAMBA: disamping tgk tv-tv nie.. jangan lupa ceritakan kpd mereka kisah hero yg paling agung dan paling hebat.. sebenar-benar penyelamat.. buat sekelian alam & sepanjang zaman... Muhammad bin Abdullah (s.a.w).

menasihati diri sendiri
*tanamkan takut neraka Allah*
*semaikan harap syurga Allah*
*carilah keredhaan Allah*
Kaulah yang Maha Esa.Kaulah yang Maha Pengasih.Kaulah yang Maha Penyayang.Tiada hidup tanpaMu.
Kaulah yang Maha Agung.Kaulah yang Maha Mengetahui.Tuhan dunia akhirat.Tiada aku tanpaMu.
Bilaku rasa pilu.Bilaku rasa resah.Bilaku kekosongan.Kau tempatku mengadu.
Oh tuhan yang satu.Engkaulah tuhan yang satu.Segala puji-pujianku tujukan padaMu..padamu.
Dan hidup dan matiku hanyalah..
UntukMu..untukMu...untukMu..
~mata melihat alam; hati melihat TUHAN~
man ana?
- hamba
- aku insan hina, fakir dan jahil disisi Tuhanku... aku cari hanya rehdaNya.. aku harap hanya kasihNya.. moga tak tersadung pada jauh jalanan ini.
Labels
- daerah (2)
- darussyifa' (3)
- entertainment (6)
- ingati aku.. (28)
- isu semasa (19)
- my song (3)
- politikus (6)
- sekeliling aku.. (17)
- senyumlah sikit... (5)
- techno (2)
- video (13)







